Sejak kebelakangan ini, nama ahli politik Syed Saddiq dan pelakon Bella Astillah menjadi bualan ramai di media sosial susulan keakraban antara mereka.
Terbaru, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid memberikan teguran kepada Syed Saddiq untuk fokus kepada tanggungjawabnya serta tugasan sebagai wakil rakyat.
BACA: “Bella Ni Comel, Tak Tahu Pil Apa Dia Makan” – Syed Saddiq
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Syarleena berkata sebagai wakil rakyat sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada anak muda.
@syerleena_rashid
“Akak nak nasihatkan adik Syed Saddiq supaya kembalilah fokus kepada tugasan sebagai wakil rakyat. Tapi kalau rasa adik tak mampu galas lagi tanggungjawab sebagai wakil rakyat, maka serahlah tugasan kepada individu lain.
“Akak nak faham adik nak tunjukkan yang adik ni menjiwai anak muda, contohnya suka bersukan, suka melancong, nak melepak dengan artis, tiada masalah.
“Tetapi bukanlah keterlaluan, sampai keluar dalam berita gosip. Kita kena tunjuk teladan yang baik kepada anak muda menerusi media sosial,” katanya.
Dalam pada itu, Syerlena turut menegaskan bahawa mereka dibayar gaji serta memberi saranan Syed Saddiq boleh melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat jika tidak mampu untuk menggalas tanggungjawabnya.
“Akak kena bertegas dalam bab ni bahawa kita ni dibayar gaji yang tinggi untuk berikan yang terbaik untuk bantu rakyat kawasan, bukan ambil kesempatan guna jawatan mendekati golong-golongan tertentu. Apa cerita kat Parlimen Muar? Tak akan tak ada isu? Ulas lah dalam TikTok tu adik.
“Sekali lagi akak beritahu..lepaskan jawatan sebagai ahli parlimen kepada rakyat kalau rasa tak mampu nak galas tanggungjawab tersebut. Kita biar rakyat pilih yang baru,” katanya.