fbpx

“Bella Ni Comel, Tak Tahu Pil Apa Dia Makan” – Syed Saddiq

Sejak kebelakangan ini kemunculan penyanyi dan pelakon Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menjadi perhatian ramai apabila mempromosikan baju raya sebuah jenama pakaian.

Mana tidaknya, ramai yang suka melihat gelagat kedua mereka dan dilihat serasi bersama serta ada yang merestui jika kedua-duanya menjalinkan hubungan.

BACA: Bella Astillah Menangis Bila Ayden Maklum Ada ‘Parents Day’ Di Sekolah

@stylefashionpv

YB suka sakat Bella ?Belakang Bella bukan main YB puji, depan depan malu pulak nak puji ? maknanya apa gais ?

? original sound – stylefashionpv – stylefashionpv

Terbaru, tular video di TikTok memaparkan Syed Saddiq memuji Bella seorang yang comel serta tertanya-tanya pil apa yang dimakan oleh pelakon itu sentiasa dilihat comel.

Menerusi video itu, Bella yang datang dari belakang tersipu malu apabila mengetahui Syed Saddiq sedang memuji dirinya.

Diruangan komen, rata-rata netizen turut memuji keserasian kedua mereka serta mendoakan Bella dan Syed Saddiq ke jinjang pelamin jika ada jodoh antara mereka.