fbpx

Afifah Nasir Tak Hirau Rupa Parasnya Ketika Berlakon

Mengakui tidak kisah mengenai rupa parasnya ketika melakonkan sesuatu watak, pelakon Afifah Nasir berkata dia lebih mengutamakan penghayatan watak untuk memastikan lakonannya memberikan impak kepada penonton.

Menurut Afifah, letaklah apa sahaja di wajahnya dia tidak akan merungut, malah sangat gembira sepanjang melakukan penggambaran kerana itu adalah minatnya dan tiada masalah untuk melakonkan apa sahaja watak.

BACA: “Saya Tahu Dulu Afifah Nasir Tak Bersalah”

https://www.instagram.com/p/CFKMp7BH493/?utm_source=ig_embed

“Saya tidak kisah bagaimana wajah atau penampilan saya kelihatan di paparan skrin selagi saya dapat menyampaikan penghayatan karakter dengan baik kepada penonton untuk ditonton.

“Letaklah air tanah ke, minyak ke atau apa-apa sahaja ke wajah atau rambut, saya tidak akan memberikan rungutan.

“Saya sangat enjoy sepanjang penggambaran #natijahkasihabah! Drama yang tak payah bersolek sangat dan pakai baju kurung all the way bersama pelakon lagenda, Zamarul Hisham,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen perkongsian itu, rata-rata netizen memuji bakat lakonan Afifah yang sangat semula jadi dan mengatakan lakonan adik kepada pelakon Anzalna itu sudah banyak peningkatan.