fbpx

Afdlin Shauki, Shahrol Shiro Berdamai

Jika sebelum ini tidak bersetuju dengan penutupan sementara sebuah kelab komedi, bagaimanapun pelawak Datuk Afdlin Shauki akhirnya menyokong kelab tersebut ditutup.

Menerusi satu entri di Instagram, Afdlin sekerasnya mengecam perbuatan menghina agama di pentas lawak. Afdlin berkata meskipun hanya segelintir berbuat demikian namun dia membuat keputusan untuk tidak lagi menyokong kelab komedi itu.

BACA: Jijik Dengan Lawak Hina Agama, Afdlin Shauki Sokong Kelab Komedi Ditutup

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial)

“Saya dengan sekeras-kerasnya terus mengecam apa-apa perbuatan menghina agama di pentas lawak. Walaupun hanya segelintir, jika ianya berterusan akan menjadi barah.

“Perbuatan-perbuatan seperti di atas yang di banggakan membuat saya rasa jijik dan saya tak boleh lagi memberi sokongan kepada crackhouse comedy club!” katanya.

Diruangan komen entri itu, pelawak Shahrol Shiro turut meninggalkan komen memohon maaf kepada Afdlin kerana kelantangan dia bersuara sebelum ini ada terkasar bahasa dan mengguris persahabatan mereka.

“Alhamdulillah, syukur bila abang sudah tersedar. Ternyata seperti kenyataan abang ini sebab serangan politik dan ingin melakukan pembunuhan karakter abang tidak benar sama sekali. Ini adalah mengenai isu agama yang dijadikan bahan ‘stand up’ komedi yang telah melepasi garisan sepatutnya hingga jatuh kepada penghinaan.

“Tahniah kerana telah meletakkan kepentingan agama di hadapan. Jom kita buat ‘report’ agar tindakan tegas diambil. Terima kasih abang. Mohon maaf jika terkasar bahasa dan mengguris persahabatan kita,” tulisnya.

Terdahulu, Afdlin dan Shahrol saling berbalah pendapat di media sosial mengenai penutupan sementara Crackhouse Comedy Club susulan kontroversi wanita membuka baju dan didakwa menghina agama Islan.