Hampir dua bulan bergelar suami, pelakon Datuk Afdlin Shauki berkata dia kini rasa bahagia dengan kehidupan selepas mendirikan rumah tangga.
Memetik mStar Online, Afdlin meluahkan rasa syukur serta mengatakan hidupnya kini lebih tenang apabila makan minumnya kembali dijaga oleh seorang isteri.
BACA: Afdlin Shauki Dah Kahwin
“Saya sekarang sangat bahagia, seronok, tenang dan makan minum sudah dijaga kembali. Setakat ini Alhamdulillah saya sangat gembira dengan keadaan diri saya sekarang. Semanya berjalan dengan baik,” katanya.
Sementara itu, Afdlin berkata dia turut bersyukur perkahwinannya itu diterima baik oleh anak-anak dan juga bekas isterinya, Christina.
“Saya menghormati isteri saya, dia tidak kisah jika saya nak kongsikan berita gembira ini tapi saya mahu berikan kami masa.
“Saya nak umumkan pada Ogos lalu tapi ada PRN pula, saya tak mahu fokus orang lari. Alhamdulillah semua keluarga menerima perkahwinan ini dengan baik,” katanya.
Dalam pada itu, Afdlin mengakui kasihan tidak dapat mengadakan majlis perkahwinan yng sempurna namun isterinya okay sahaja kerana niat utama mereka mahu menghalalkan hubungan.
“Kesian juga dengan isteri saya kerana tiada majlis perkahwinan besar-besaran tapi Alhamdulillah dia cakap tak kisah dan okay sahaja. Niat kami hanya untuk menghalalkan hubungan dan majlis pernikahan sudah cukup untuk meraikan kami,” katanya.