Afdlin Shauki Mungkin Bekerja Dengan Hugh Jackman Untuk Filem Sabah
Pengarah filem, Afdlin Shauki mungkin berpeluang untuk bekerjasama dengan Hugh Jackman yang anda lebih kenali sebagai pemegang watak Wolverine dalam siri filem X-Men selama ini dan berita ini timbul selepas pengarah itu ditugaskan untuk sebuah projek filem Sabah.
Afdlin Shauki akan bergandingan dengan pengarah Hollywood Roger Christian untuk filem yang akan mengisahkan tentang satu peristiwa hitam di Sabah ketika perang dunia kedua (World War II) yang lebih dikenali dengan nama Sandakan Death Marches.
Ribuan askar Australia dan Britain telah dipaksa oleh tentera Jepun berjalan kaki sejauh 140km daripada Sandakan ke Ranau yang terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu. Ramai telah terbunuh atau dibunuh dan hanya enam orang askar Australia yang terselamat.
Projek filem ini berada dibawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan belanja keseluruhan RM3 juta yang mana RM1 juta merupakan pembiayaan daripada kerajaan Malaysia dan selebihnya adalah dana FINAS sendiri.
Laporan The Star baru baru ini menyebut Hugh Jackman sudah ditawarkan untuk membawa watak utama filem ini walaupun belum ada kata putus dan pihak produksi menyasarkan Festival Filem Cannes 2016 sebagai platform pelancaran kelak. (rtky/m)
Sumber: The Star / Gambar Oleh: Arif Kaser
Terbaikkkk
biar betul….
awesome Afdlin Shauki wow!..
peminat dia..
:D
Ada job x extra ka?
Ingat kau nak boikot Israel dan Amerika. Apasal pulak nak berlakon dgn Jackman? Kau dah tahu dia berasal dari Amerika, iaitu sekutu Yahudi!
Hugh Jackman asal Australia..dan rasanya tak semua rakyat Amerika sekutu Yahudi.. ada jugak menentang..
Hugh Jackman is Australian.
http://www.biography.com/people/hugh-jackman-16599916
http://www.imdb.com/name/nm0413168/
en/cik/puan lalu, hugh jackman org australia la. lain kali biar rupa buruk, tapi cerdik akal dan berpelajaran. buat malu org islam je
Filem yang dinanti-nanti :)
bukan semua orang Amerika jahat..
Dan
Bukan semua orang Malaysia baik…
Cakap guna otak bukan lutut…
setuju dengan zela . tak semua orang Amerika jahat. tak semua orang Malaysia baik. tak bermakna kita beza agama kita boleh sesuka hati tuduh orang Amerika jahat. ada yang selalu menentang Yahudi. cuma kita yang taktahu.
weh, yang korg nak bertekak pasal israel yahudi kat sini buat apa? tajuk cerita ialah “Afdlin Shauki Mungkin Bekerja Dengan Hugh Jackman Untuk Filem Sabah” so komen ikut tajuk la.. pergi bukak tajuk pasal israel dan yahudi kat facebook, pastu komen la setiap saat kat sana, takde org nak marah, bodoh!
Abang saya suka ngok abg…lucu…cuma jgn marah abg na kena diet sikitlah syg…tak sihat…nanti sakit…but still suka abg :)
Apa yg kat atas merepek pasal America, Israel saya pun tak tau…- Cik Marina Hugh Jackman dari Australia…berlakon di America…kita tak perlu masuk campur psl Politic ni lah ye…kita smua ni hanya duduk disebalik Keteek-keteek…mmg kesian budak-2 Gaza, tapi tak boleh samakan semua…ada dua jenis manusia didunia ni:- Yg baik & yg jahat…bangsa dan dari mana bukan masalahnya…
Yeahhhh…melaysia boleh!!!!!
bodoh tu simpan sikit ye, Marina.
toksah mimpi la hugh jackman nak berlakon filem bajet 3 juta je…korang bg tau kat FINAS offer kat Jalil Hamid je la atau OS atau Datuk AR badul je