fbpx

Esok akan berlangsung’nya pentas terakhir untuk peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) berjuang habis habisan untuk RM350,000.

Salah seorang peserta favourite untuk program ini Afdlin Shauki (Boboi) nampaknya memilih hari ini untuk meluahkan pendapat beliau tentang Chef Wan.

Sepanjang penjurian di MLM, Chef Wan popular dengan sikap beliau yang ‘terlalu jujur’ dalam memberi komen kepada peserta.

Afdlin Shauki dalam satu tulisan melalui Facebook mempersoalkan motif Chef Wan yang berubah dari seorang yang positif dan ceria sebelum ini kepada seorang yang sinis & kritikal dalam program Maharaja Lawak Mega.

Dalam kenyataan yang sama, Afdlin Shauki menekankan yang Maharaja Lawak Mega sangat berbeza daripada rancangan realiti lain kerana peserta kali ini di’jemput khas — bukan melalui ujibakat.

Walaupun kumpulan Boboi masih terselamat daripada menjadi mangsa ‘kejujuran’ Chef Wan, Afdlin Shauki menulis yang pendapat beliau ini merupakan suara mereka yang sudah pun keluar dari persaingan.

Esok malam merupakan peluang terakhir anda semua untuk melihat aksi kumpulan Boboi, Osbon, Syok & Saehu di’pentas Maharaja Lawak Mega (MLM). Saksikan bermula jam 9 malam di Astro Warna.