fbpx

Aeril Zafrel Syukur Bebas COVID-19, Tapi Disahkan ‘Handsome’

Pasti ramai tahu pelakon Aeril Zafrel sememangnya sangat suka mengusik netizen dan sering menyakat isterinya.  Ada sahaja perkongsiannya yang menghiburkan netizen. Baru-baru ini, Aeril dilihat memuat naik video memaparkan dirinya menjalani ujian saringan COVID-19.

Menurut Aeril dia mengambil inisiatif membuat ujian tersebut berikutan sudah dua hari rasa tidak sedap badan dan sakit tekak. Aeril turut meluahkan rasa syukur ujian mendapati dia negatif wabak tersebut.

BACA: Aeril Zafrel Terkilan Dituduh Menunjuk Bayar Zakat Setiap Bula

Berkongsi pengalaman menjalani ujian Covid-19, Aeril berkata dia sampai meleleh air mata kerana perlu melakukan dua ujian iaitu hidung dan mulut.

Bagaimanapun, perkongsiannya di Instagram itu menjadi perhatian apabila pelakon itu sempat mengusik bahawa dia negatif COVID-19 tetapi disahkan positif ‘handsome’.

https://www.instagram.com/p/CBzTzgNAVVk/?utm_source=ig_embed

Perkongsian Aeril itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang ngeri melihat ujian tersebut dan bertanyakan adakah sakit melakukan ujian berkenaan. Malah, ramai yang terhibur dengan ‘lawak’ Aeril itu dan mengakui pelakon itu sememangnya kacak.