fbpx

Aeril Zafrel, Wawa Zainal Buka Food Bank Bantu Golongan Memerlukan

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang terjejas apabila hilang punca pendapatan dan ada yang terputus bekalan makanan sehingga terpaksa meminta bantuan.

Terkesan dengan nasib menimpa rakyat Malaysia, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, turut menghulurkan bantuan dengan membuka foodbank bagi mereka yang memerlukan.

BACA: “Kalau Nak Tahu, Di Rumah Saya Yang Manja” – Aeril Zafrel

Aeril menyeru mana-mana individu dan golongan memerlukan boleh mendapatkan barangan makanan asas dan keperluan harian itu di Pejabat Urusan Wawa Cosmetics, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Berharap dapat membantu mereka yang kesusahan, Aeril berkata antara barangan keperluan disediakan adalah beras, gula, tepung, Milo, sardin dan banyak lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

“Alhamdulillah, semalam saya ada buat di sekitar Kuala Lumpur. Hari ini saya buat di kawasan sini pula. Saya dan Wawa menjemput kepada semua yang memerlukan untuk datang saja ambil.

“Saya tahu pada saat ini memang ramai yang berada dalam keadaan susah, jadi diharap ‘food bank’ ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka.

“Dalam masa sama, jika ada antara mereka dalam kalangan pelanggan Wawa Cosmetics yang memerlukan, saya harap mereka sudi datang. Kami ingin berkongsi rezeki pada semua. Semoga ini dapat memberi manfaat,” katanya.

Dalam pada itu, Aeril dan Wawa merancang untuk membuka food bank di lokasi lain selepas ini. Katanya lagi, dia juga turut menghulurkan sumbangan kepada mereka yang menghubungi melalui Instagram.

“Insya-Allah, ‘food bank’ ini kami rancang nak buat di kawasan lain pula. Cuma, kalau yang hari ini tak habis, esok kami buka lagi. Memang nak habiskan dan berikan pada orang ramai yang memerlukan.

“Selain itu, ada ramai juga mesej peribadi (DM) di Instagram yang memerlukan bantuan kewangan. Itu saya dan Wawa ada hulurkan sumbangan juga. Insya-Allah, kami bantu mana yang kami termampu,” katanya.