Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel memaklumkan khabar mengjutkan apabila dia disahkan positif Covid-19.

Menurut Aeril, dia menerima keputusan tersebut malam tadi selepas menjalani ujian saringan di klinik swasta bersama pengurusnya yang dilaporkan tidak sihat sejak beberapa hari.

BACA: Netizen Kritik Drama Melayu Asyik Kisah Orang Kaya, Aeril Zafril Padam Komen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Aeril berkata dia pergi menjenguk pengurusnya yang tidak sihat pada Isnin lalu, kemudian pada keesokan harinya dia dan pengurusnya ke klinik untuk melakukan ujian saringan dan disahkan positif malam semalam.

Kata Aeril dia kini sedang melakukan kuarantin kendiri di rumah dan seluruh ahli keluarga serta kakitangannya juga telah melakukan saringan.