fbpx

Aeril Zafrel Positif Covid-19 Kali Kedua

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Aeril Zafrel memaklumkan dia sekali lagi positif Covid-19. Aeril berkata tahun ini sahaja sudah dua kali dijangkiti virus tersebut.

Dalam entri tersebut, Aeril turut meluahkan rasa hairan bagaimana dia dijangkiti wabak berkenaan meskipun hanya duduk di rumah.

BACA: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Buka Food Bank Bantu Golongan Memerlukan

Aeril turut bertanyakan kepada pengikutnya sama ada jika ada di antara mereka turut berdepan perkara sama.

Perkongsian Aeril itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar pelakon itu kembali sembuh seperti biasa dan berharap keadaan negara kembali pulih seperti biasa.

Terdahulu, suami kepada pelakon Wawa Zainal itu disahkan positif Covid-19 pada Januari awal tahun ini selepas menjalani saringan di sebuah klinik swasta di ibu kota.