fbpx

Aeril Zafrel Dituduh Terlalu Manjakan Wawa Zainal

Baru-baru ini, pelakon Aeril Zafrel dilihat memuat naik paparan komen netizen terhadapnya yang dikatakan terlalu manjakan isterinya, Wawa Zainal.

Netizen tersebut turut meminta supaya jangan mengikut Aeril yang manjakan isteri serta mendakwa Islam hanya menyuruh lelaki menjadi pelindung wanita.

BACA: Baru Usia Setahun, Anak Bongsu Aeril Zafrel Dah Pandai Main TikTok

“Islam hanya menuruh lelaki menjadi pelindung wanita. Dahlah manja, kalau kaya nak bilang orang. Nak bina masjid nak tunjuk-tunjuk. Itu riak namanya. Sorrylah Aeril I am not your fan,” tulisnya.

Menerusi entri itu, Aeril mempersoalkan kembali kenyataan yang ditujukan kepadanya serta bertanyakan adakah lelaki sememangnya tidak boleh memanjakan isteri.

Perkongsian Aeril itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang menyifatkan individu berkenaan busuk hati serta iri hati melihat kebahagiaan orang lain.

Tidak kurang juga ada yang memberikan komen pedas kepada individu berkenaan mungkin dia tidak dimanjakan suami sehingga meninggalkan komen negatif seperti itu.