fbpx

Aeril Zafrel Hadiahkan Isteri Kereta Mewah RM300,000

Bertuahnya Wawa Zainal apabila suaminya pelakon Aeril Zafrel menghadiahkan kereta mewah Mercedes-Benz GLC 300 yang dianggarkan bernilai RM300,000.

Menurut Aeril, hadiah kejutan itu adalah bersempena dengan ulang tahun kelahiran Wawa yang ke-29 tahun semalam.

BACA: Wawa Zainal Pernah Menyesal Kahwin Dengan Aeril Zafrel

Aeril berkata dia menghadiahkan kereta buat isterinya kerana kereta yang digunakan oleh Wawa kini sudah lebih tiga tahun.

“Saya menghadiahkan kereta ini sebab kereta digunakan Wawa sekarang sudah lebih tiga tahun. Orang cakap kereta ni paling lama pun kalau nak ‘best’ bawa kena lima tahun. Kalau terlalu lama pula risau keadaan kereta Itu boleh membahayakan nyawa. Sebab itu saya hadiahkan kereta ini.

“Sebelum beli, saya ada berikan ‘hint’ mengenai kereta ini. Nanti kalau dia tak minat, rugi pula beli. Cuma dia memang tidak tahu saya beli kereta ini. Pada majlis ini (semalam) dia baru tahu. Memang kejutan buat dia,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, bersempena dengan hari jadi Wawa itu juga, Aeril turut mendoakan semoga segala impian dan hajat isterinya itu dimakbulkan Allah. Hadiah kejutan untuk Wawa itu diberikan pada majlis Gala Dinner Award Wawa Cosmetics yang diadakan semalam.

“Selamat ulang tahun bidadari syurga ku. Semoga semua impian mu, hajat mu dimakbulkan Allah SWT,” katanya.