fbpx

Aeril, Wawa Zainal Tak Menyesal Kahwin Muda

Walaupun majlis perkahwinan Aeril Zafril dan juga isteri hanya diadakan doa selamat sahaja, kebahagiaan yang dikecapi pasangan ini membuatkan mereka semakin matang selain tidak pernah menyesal kerana berkahwin awal.

BACA: Gambar Comel Terbaru Anak Kedua Wawa Zainal

“Kami hanya mengumumkan kisah perkahwinan kami selepas setahun. Bayangkanlah… Memang saya tidak tahu perkara ini menimbulkan banyak kemarahan terutamanya beberapa pihak. Sebab itu saya dan Wawa memilih untuk tidak muncul di khalayak ramai selama beberapa ketika, ini bagi meredakan keadaan”

“Kini sudah empat tahun berlalu. Namun mengingati semula apa yang kami berdua lalui ia bagaikan jenaka pula. Memang kalau ikutkan, selepas setahun bercinta, saya kena yakinkan Wawa bahawa Aeril ini mampu untuk menjaganya”

“Walaupun dia pada mulanya seperti tidak percaya, namun, penerimaannya membuatkan saya lebih yakin untuk membimbing dirinya,” ceritanya kepada Utusan Online. Selain itu, Aeril juga menjelaskan bahawa tindakan mereka untuk tidak berbelanja besar untuk majlis perkahwinan adalah tindakan betul.

“Benar, kami pelakon tetapi berkahwin secara besar-besaran juga bukan sesuatu yang mampu kami lakukan ketika itu. Mujur isteri saya faham dan tidak menolak sekadar mengadakan majlis doa selamat sahaja”

“Saya yakin ramai pasangan yang berkahwin bersetuju bahawa selepas berkahwin kita lebih memerlukan wang. Mujur kami tidak membazir untuk majlis perkahwinan, malah dugaan awal juga hadir dengan kelahiran anak pertama kami Ahmad Fakhruddin Attar, 4. Ketika itu kami memerlukan wang yang banyak untuk urusan kelahiran dan perubatan,” katanya.

Jika diikutkan realiti, pasti ramai di luar sana yang setuju dengan kenyataan Aeril mengenai majlis perkahwinan dan survival selepas berkahwin adalah lebih penting. Apa pun, semoga pasangan ini akan terus kekal bahagia dan dilimpahkan rezeki. (rtky/s)