fbpx

Aepul Drama Band Disahkan Positif Covid-19

Selepas Emma Maembong dan suaminya difahkan positif Covid-19, vokalis kumpulan Drama Band iaitu Aepul Roza juga memaklumkan dirinya positif virus berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Aepul menerusi Instagram selepas menjalani ujian saringan buat kali kedua, semalam. Menurut Aepul dia sudah pun menjalani kuarantin sendiri sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, isterinya, Leez Rosli yang turut menjalani ujian swab disahkan negatif.

BACA: Lagu Sindir ‘Kluster Kayangan’, Drama Band Tak Takut Dikecam

“Saya sudah mula ‘self quarantine’ beberapa hari yang lalu dan menanti prosedur operasi standard (SOP) seterusnya. Doakan kami sekeluarga, terima kasih,” tulisnya.

Dalam perkongsian itu, Aepul juga menegaskan tidak akan menerima sebarang panggilan telefon dalam masa terdekat ini.