fbpx

Aedy Ashraf Patuh SOP, Nak Batuk Pun Pergi Tandas

Memuji tindakan pelakon dan kru yang mengamalkan norma baharu sepanjang di set penggambaran, pelakon Aedy Ashraf menyatakan tindakan ini merupakan langkah tebaik bagi menjaga kebersihan semua kru yang terlibat.

Aedy berkata dengan adanya Standard Operation Procedure (SOP) ia meningkatkan lagi kesedaran dalam menjaga kebersihan. Aedy berkata jika sebelum ini orang ramai bersin dan batuk sesuka hati namun kini lebih peka dengan keadaan sekeliling.

BACA: Kaburkan Kaki, Peminat Dakwa Aedy Ashraf Ada Tatu

“Bagi saya sangat bagus apabila adanya SOP baharu bagi kru produksi penggambaran kerana boleh meningkatkan kesedaran tentang kebersihan.

“Kalau dulu orang boleh bersin dan batuk sesuka hati sekarang lebih cermat dan berhati-hati. Nak batuk pun pergi tandas dan tutup mulut,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Aedy berkata dia tidaklah paranoid tetapi sanitizer dan topeng muka menjadi peneman setianya sepanjang di set penggambarannya sebagai langkah berjaga-jaga.

“Tak adalah saya paranoid beriya-iya, cukup sekadar sanitizer dan mask sepanjang masa. Asalkan kita menjaga kebersihan itu dah memadai,” tambahnya.