fbpx

Kaburkan Kaki, Peminat Dakwa Aedy Ashraf Ada Tatu

Pada awalnya mungkin ingin mempromosikan kereta, tapi lain pula jadinya apabila Aedy Ashraf menyunting kakinya menjadi kabur. Ramai mendakwa pelakon itu cuba menyembunyikan tatu yang ada pada kakinya.

Gambar yang dimuat naik di Instagram itu menunjukkan Aedy menyandar di sebelah keretanya, namun mata netizen lebih tertumpu kepada kakinya yang di kaburkan. Terus netizen membuat spekulasi sendiri.

Sebelum ini juga Aedy pernah terpalit dengan kontroversi tatu di belakang tubuh badannya ketika bercuti di sebuah tempat peranginan. Namun difahamkan tatu berkenaan tatu tiruan yang saja dilukisnya.

Dalam pada itu, di ruangan komen ada juga yang mempertahankan Aedy dengan mengatakan mungkin kakinya mempunyai tatu tiruan. Tindakan Aedy mengaburkan kaki itu untuk mengelakkan perbalahan di media sosialnya.

Apapun, kami pun tidak pasti mengapa Aedy kaburkan kakinya. Rasanya kalau betul ingin menyembunyikan sesuatu di kaki baik ‘photoshop’ saja atau tidak memuat naik gambar gaya seperti itu. (rtky/w)