fbpx

Ulang sejarah sebenar’nya satu kenyataan yang merendahkan cita cita filem ini untuk memecahkan rekod kutipan RM12 juta milik filem KL Gangster.

Selepas tujuh hari di’tayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Brunei juga Singapura Adnan Sempit 2 di’khabarkan telah mengutip lebih RM4.5 juta dari poket peminat.

Ini bukan sesuatu yang menjadi kejutan kerana kredibiliti yang di cipta oleh filem pertama berjaya membawa kembali peminat Adnan Sempit dari tahun 2010 untuk pergi menonton filem ini.

Kalau filem ini terus menjadi satu bualan & sebutan para peminat filem Melayu untuk minggu akan datang, tidak mustahil kutipan lebih RM10 juta bakal menjadi kenyataan untuk filem ini dan sekali gus mencipta rekod baru untuk MIG. 

Filem pertama Adnan Sempit yang keluar awal tahun 2010 yang lalu berjaya membawa masuk kutipan hampir RM8 juta. Adakah filem ini mampu mengatasi rekod tersebut dan merealisasikan kata kata David Teo untuk terbitkan Adnan Sempit 3? Hmm.