fbpx

Adira, Datuk Red Sah Bercerai Talak Satu

Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dan suaminya, Datuk Red akhirnya terlerai apabila sah bercerai talak satu sebentar tadi selepas sembilan tahun melayari bahtera perkahwinan.

Memetik BH Online, Datuk Red melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang sekitar jam 9.39 pagi.

BACA: “Andai Kata Adira Nak Teruskan, Saya Terpaksa Melepaskannya”

“Bahawa saya Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu,” lafaz Datuk Red.

Ketika kes dibacakan Datuk Red kelihatan tunduk sayu dan Adira yang kelihatan tenang serta setuju tidak menuntut nafkah.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.

SUMBER: BH Online