fbpx

Adira Selamat Lahirkan Anak Ketiga, Bayi Perempuan

Tahniah diucapkan kepada Adira Suhaimi dan Datuk Red diatas kelahiran cahaya mata kedua mereka petang semalam. Bayi perempuan yang diberikan nama Anggun dilahirkan secara pembedahan di pusat perubatan Sungai Buloh.

Bagaimanapun, Adira belum dapat bertemu anak ketiganya itu kerana masih berada dalam pemantauan doktor berikutan bayi itu mengalami masalah pernafasan.

BACA: Lima Bulan Adira Tak Sedar Hamil Anak Ketiga

“Alhamdulillah, proses bersalin semuanya okey. Cuma, sekarang bayi belum ada bersama saya. Saya juga masih lemah disebabkan baru saja bersalin. Buat masa sekarang, suami ada menemani saya di sini.

“Apabila sudah anak tiga, bagi saya cabaran semakin bertambah. Mujur anak sulung sudah besar sikit iaitu dua tahun lima bulan. Cuma, yang kedua saja baru 11 bulan. Mesti dia mencari nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Adira memberitahu doktor menasihatinya supaya menjarakkan kehamilan memandangkan sudah tiga kali menjalani pembedahan.

Sepakat memilih nama Anggun, Adira berkata suaminya mahukan nama anak bermula dengan huruf A dan pendek.

“Suami memang nak semua nama anak bermula dengan huruf A dan pendek. Jadi, saya pilih nama Anggun. Tapi, suami pilih nama Ani. Katanya lebih mudah.

“Saya pilih Anggun sebab anak sulung kami diberi nama Anggrek dan anak kedua, Asan. Selepas berbincang, jadi kami sepakat dengan nama Anggun,” katanya.