Esok merupakan tarikh dimana berlangsung proses hakam selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara penyanyi Adira dan suaminya Datuk Red gagal menemui jalan penyelesaian pada 5 Mac lalu.
Memetik mStar Online, Datuk Red berkata dia sudah bersedia dengan apa saja keputusan mahkamah melibatkan kes cerai dengan isteri keduanya itu.
BACA: Datuk Red Beraya Dengan Isteri Pertama Syawal Ketiga, Berlaku Adil Sebagai Suami
Menurut Datuk Red lagi, jika Adira mahu meneruskan perceraian dia terpaksa melepaskan kerana mahu melihat isteirnya itu bahagia.
“Ada perbincangan dengan Adira tapi apa pun tarikh 24 April adalah titik noktah masalah kami diselesaikan atau diteruskan.
“Andai kata Adira nak teruskan, saya terpaksa melepaskannya, saya nak tengok dia bahagia sebab saya tak mampu beri dia kebahagiaan macam suami orang lain, saya tak nak tambah derita dia.
“Jadi kalau dia mahu teruskan pada 24 April itu, saya rasa itu adalah detik penamat kami sebagai suami isteri,” katanya.
Terdahulu, Adira memfailkan permohonan cerai pada 25 Oktober lalu diikuti dengan madunya, Datin Red pada Januari lalu.
SUMBER: mStar Online