fbpx

Adira AF Akur Suami Beraya Rumah Isteri Pertama Dahulu

Tahun ini merupakan tahun pertama Adira AF menyambut hari raya sejak bergelar suami isteri, namun dalam masa yang sama dia juga reda dan akur apabila suaminya itu akan menyambut Aidilfitri bersama isteri pertama terlebih dahulu.

BACA: “Cara Saya Pakai Tudung Bukannya Selekeh, Kuno”

“Sebagai isteri kedua saya memahami situasi suami. Ia bukan masalah besar buat saya kerana masih dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Ranau, Sabah. Walaupun ini tahun pertama kami beraya sebagai pasangan suami isteri, saya reda dan akur”

“Tambahan pula beberapa hari selepas itu suami akan pulang ke Sabah dan meraikannya dengan saya dan keluarga pula,” jelas Adira yang berkahwin dengan suaminya pada 3 Disember 2015 kepada Malay Mail Online.

Tambah Adira yang mengakui tidak pandai memasak, dia kini sangat teruja menyediakan juadah sahur dan berbuka untuk suami. Tidak menjadikan isu tidak memasak sebagai halangan, Adira menyatakan perkara tersebut bukan alasan untuk dia tidak ke dapur. (rtky/s)