fbpx

“Cara Saya Pakai Tudung Bukannya Selekeh, Kuno”

Penampilan penyanyi Adira AF dikatakan telah dikecam segelintir pengikutnya di laman sosial Instagram yang mengatakan caranya bertudung terlampau selekeh. Tidak cepat melatah, Adira menyufatkan perkara tersebut membuatkannya lebih kuat untuk berhadapan dengan warga laman sosial.

BACA: Suami Halang Adira Bergambar Dengan Peminat?

“Sebelum ini banyak lagi gosip, dan tohmahan yang diperkatakan mereka kepada saya dan membuatkan saya lebih kuat. Benda-benda ini buatkan saya sudah lali. Cara pemakaian tudung saya memang simple dan itu yang paling selesa. Lagipun bukannya selekeh atau kuno,” katanya.

Tambahnya lagi, dia lebih menyukai bertudung yang tidak perlu melilit sana-sini dan lebih sukakan gaya yang ringkas tetapi sempurna untuk menutup auratnya. Selain itu, Adira juga bukanlah seorang selebriti yang mempunyai masa untuk menghalang (block) pengikut di laman sosial namun hanya akan memadam komen tersebut.

“Saya takkan block orang, saya hanya akan padam kalau komen tersebut terlampau negatif seperti melibatkan ahli keluarga yang boleh mengguriskan perasaan mereka dengan komen yang berunsurkan fitnah,” katanya lagi.

Bagi suaminya pula, Adira menjelaskan bahawa suaminya tidak mengambil peduli mengenai komen di laman sosialnya itu, yang penting dia tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

“Suami saya memberikan kebebasan untuk berkarier, bertudung dan sebagainya. Mengenai soal ini dia orang yang tidak kisah apa orang cakap yang penting kita tahu apa yang kita lakukan,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h)