fbpx

Adik Ubai Raih ‘Straight’ A SPM, Hadiah Buat Arwah Ibu

Pempengaruh media sosial, Ubai MZ berkongsikan adiknya iaitu Alieya meraih keputusan cemerlang 10A dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Ubai meluahkan rasa syukur diatas kejayaan adiknya itu serta mengatakan hajat dan impian arwah ibunya untuk melihat adik bongsunya itu memperoleh keputusan cemerlang tercapai.

BACA: Ubai Gugur Air Mata, Sebak Tengok Isteri Bertarung Nyawa

“Assalamualaikum mak, anak bongsu mak dapat straight A untuk SPM. Hajat dan impian mak tercapai,” katanya.

Dalam pada itu, Ubai berkata dia bangga dengan keputusan cemerlang adiknya itu dan dengan berkat doa ibunya, Allahyarham Rohani Jamal, mereka semua berjaya.

“Sebak dan bangga kami. Anak-anak lelaki mak dulu cukup makan je result tapi Alhamdulillah, berkat doa mak, kami berjaya juga. Ubai rindu mak. Ini untuk mak,” tulisnya.

Untuk rekod, ibu Ubai menghidap kanser ovari tahap tiga dan meninggal dunia pada 30 Julai tahun lalu,