fbpx

Adik Shila Amzah Akhirnya Terbang Ke China

Selepas hangat diperkatakan mengenai kemelut keluarga Shila Amzah dengan adik-beradiknya, adik lelaki kepada penyanyi itu iaitu Amir Syafiq akhirnya terbang ke China atas urusan kerja.

Menerusi perkongsian di TikTok, Syafiq berkongsikan dia sepatutnya ke China pada Khamis lalu namun terpaksa tangguh penerbangan disebabkan fitnah melanda dirinya.

BACA: “Ubai Kau Ajar Sikit Bini, Kau Pun Mak Dah Meninggalkan” – Adik Shila Amzah Biadab

https://www.tiktok.com/@_benamir/video/7292510500993142018?

“Alhamdulillah. Allah masih pinjamkan usia. Syukur. Hari ni fly ke China. Terpaksa delay flight. Patut 19hb hari tu. Di sebabkan fitnag dari pihak yang tidak bertanggungjawab, menyebabkan tergendala kerja,” katanya.

Dalam perkongsian itu, Syafiq turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memfitnah mereka sekeluarga iaitu ibunya Fauziah Sarman, adik perempuan Syada Amzah dan kekasihnya Eiza.

“Alhamdulillah. Hari ni Allah bagi jalan untuk terus bekerja. Segala dugaan yang berlaku pasti ada hikmahnya. Terima kasih kepada semua yang fitnah kami (saya, mak, Syada dan Eiza),” tulisnya.

Dalam pada itu, Syafiq turut berkata dia memaafkan mereka yang memfitnahnya serta berharap Allah membuka hati orang-orang tersebut untuk menilai diri sendiri sebelum menilai orang lain.

“Saya maafkan anda semua. Semoga Allah buka pintu hati kalian untuk lebih menilai diri sendiri sebelum menilai orang lain. Dan juga, silalah cari ibu anda semua dan minta maaf, minta ampun pada mereka, sebelum terlambat,” tulisnya.

Terdahulu, Syafiq menafikan dakwaan mengatakan dia tidak bekerja dan hanya ‘melepet’ di rumah. Menurutnya, dia bekerja dalam industri seni tetapi di belakang tabir serta akan terbang ke China pada 19 Oktober.