fbpx

Baru-baru ini, menerusi Instagram produk kambing perap terkenal ada berkongsikan video memaparkan pelakon Norman Hakim bersama anaknya, Marissa Dania bagi menjayakan iklan produk berkenaan.

Dalam video tersebut, Norman dilihat tidak dapat menahan air mata serta menyatakan rasa rindu terhadap anak perempuannya itu.

BACA: Marissa Dania Mengaku Khilaf, Mohon Maaf

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PAKMATWESTERN (@pakmatwesterncafe)

Lebih sebak apabila Norman berkongsikan video memaparkan tulisan milik Marissa ketika kecil yang masih disimpan di dalam telefonnya berbunyi “Adik selalu doa supaya dosa papa bagi dekat, pahala adik bagi dekat papa sebab adik sayang papa”.

Melihatkan video di telefon itu, Marissa memohon ampun kepada bapanya diatas segala kesilapan yang pernah dilakukan.

Norman turut membalas dia sudah lama memaafkan apa saja dosa dan kesilapan anaknya itu.

“Adik minta ampun, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki,” kata Marissa.

Diruangan komen rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak melihat momen anak beranak itu. Malah, ada yang berpendapat Norman tidak dapat menahan sebak kerana gagal menjadi wali kepada anaknya.