fbpx

Marissa Dania Mengaku Khilaf, Mohon Maaf

Akhirnya anak perempuan kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim tampil bersuara mengenai kontroversi bernikah dengan lelaki berstatus suami orang pada Disember tahun lalu.

Memetik Harian Metro, Marissa memohon maaf kerana tindakannya itu melukakan hati banyak pihak termasuk keluarganya. Malah, Marissa turut meminta maaf mengambil masa lama untuk membuka mulut.

BACA: “Tiba-Tiba Keluarkan Gambar Berdua..” – Kakak Misya Mazlan ‘Warning’ Marissa Dania 

“Saya mohon maaf kerana sudah melukakan hati banyak pihak termasuk keluarga. Saya bukan mahu mengelak atau melarikan diri, sebaliknya saya mahu menjaga nama baik keluarga dan semua pihak yang terbabit.

“Ini adalah jalan yang saya dan Aslam pilih (hidup berpoligami). Jadi saya mohon semua pihak beri ruang untuk kami menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.

“Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja. Saya sedang berusaha ke arah itu dan doakan semoga semuanya berjalan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, Marissa mengakui pernikahannya mendapat tentangan namun meluahkan rasa syukur keluarganya membuka pintu kemaafan dan menerima kehadiran Aslam.

“Saya akui pernikahan kami mendapat tentangan daripada keluarga. Tiada ibu bapa yang bersetuju dengan pilihan seperti ini, lebih-lebih lagi usia saya yang masih muda.

“Saya dan Aslam tidak mahu hubungan kekeluargaan ini terputus atau dilanda masalah. Jadi kami kuatkan semangat dan harunginya bersama. Walau apapun rintangan yang datang, saya dan Aslam akan cuba selesaikan masalah yang berlaku satu demi satu,” katanya.

SUMBER: Harian Metro