Mana nak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, begitula juga adik Neelofa, Ameera Khan yang mahu berjinak-jinak dalam dunia pengacaraan disamping perniagaan seperti kakaknya, Neelofa.

BACA: Aksi Seksi Ketika Yoga, Adik Neelofa Dikecam Lagi


“Saya tidak mahu nama dikenali di Instagram saja. Pada usia sekarang, saya percaya sampai masanya untuk mengembangkan bakat dalam cabang seni pengacaraan yang diminati sejak dulu”


“Neelofa juga pengacara tetapi masih boleh fokus dengan perniagaannya. Tiga tahun lalu saya dapat banyak tawaran untuk mengacara tetapi terpaksa menolaknya kerana belum bersedia dan masih terlalu muda,” jelasnya.

Menjadikan kakaknya sebagai inspirasi untuk lebih berjaya, Ameera kini sedang memperbaiki kekurangannya lebih-lebig lagi dalam bahasa Melayu bagi meneruskan impiannya untuk menjadi pengacara.



Dalam masa yang sama, Ameera juga sudah mempersiapkan diri dengan segala kontroversi yang bakal ditempuhinya jika bergelar pengacara. Jelasnya kontroversi lalu banyak mematangkan lagi dirinya. (rtky/w)