fbpx

Aksi Seksi Ketika Yoga, Adik Neelofa Dikecam Lagi

Belum lagi reda dengan isu memperlekehkan telefon pintar Samsung, adik Neelofa sekali lagi dikecam netizen selepas gadis itu memuat naik videonya menerusi Insta Storie melakukan senaman yoga.

Apa yang mencetuskan kontroversi apabila gadis berusia 17 tahun itu dikatakan melakukan senaman yoga dengan aksi dan gaya yang menggoda.

BACA: “Takkan Masuk Sekolah Antarabangsa Ambil SPM?”

Sememangnya Ameera Khan memiliki bentuk badan mantap yang menjadi impian setiap wanita.

Namun video tersebut menunjukkan seolah-olah Ameera ingin mencari publisiti murahan. Rata-rata netizen seperti tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen kecaman.

 Baik tak payah pakai baju..

Murahan..Euwwwww

Walaupun ramai yang mengecam, ada juga netizen mendoakan agar Ameera tampil lebih sopan dan tidak lagi merakam video dengan aksi sedemikian kerana ia boleh mendatangkan fitnah.