fbpx

Adik Neelofa Dikecam Kerana Mekap

Jika kehidupan anda menjadi perhatian, kadang-kala segala perilaku anda akan menjadi pertikaian orang ramai. Baru-baru ini adik Neelofa, Ameera Khan turut terkena tempias gara-gara mekapnya.

BACA: Adik Neelofa Ikut Jejak Uqasha Senrose?

Perkara tersebut timbul apabila Ameera menghadiri sebuah majlis penganugerahan baru-baru ini. Tidak dapat dinafikan, mekap Ameera pada malam tersebut kelihatan berbeza dari gambarnya yang lain.

Namun kalau sudah namanya mulut warga laman sosial ini tidak bertapis, segala yang tidak kena di mata akan diluahkan di ruangan komen. Tidak kurang juga yang menyifatkan pakaian Ameera juga seksi.

Sebelum ini Ameera turut dikecam gara-gara kembali free hair setelah berhijab buat sementara waktu malah baru-baru ini tampil seksi. Bagaimanapun, Ameera dilihat mengambil pendekatan tidak cepat melatah berhubung isu yang melandanya. (rtky/s)