Adik lelaki kepada penyanyi popular, Alyah d’iminta untuk membela diri di Mahkamah Sesyen Johor Bahru terhadap satu pertuduhan melakukan samun dengan merampas beg seorang ahli perniagaan wanita warga Singapura.

Walaupun laporan akhbar Harian Metro ini tidak menyebut Mohd Faizal Abu Hassan sebagai adik kepada Alyah, laporan Buletin Utama malam tadi menyebut jelas identiti sebenar lelaki ini yang kini berusia 29 tahun.


Mohd Faizal Abu Hassan di’tuduh┬ámelakukan samun ke atas Rohana Jamal pada kira-kira jam 1.15 tengah hari di Taman Tampoi Indah di sini, 23 Januari lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zamri Bakar memerintah tertuduh untuk membela diri┬ápada perbicaraan kes pada 29 hingga 31 Mei ini di’mahkamah yang sama.