Adibah Noor Tawar Diri Ajar Bahasa Inggeris Di DidikTV
Umum mengetahui, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan DidikTV sebagai satu usaha untuk menyediakan akses pembelajaran sewaktu mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon dan penyanyi Adibah Noor yang menawarkan dirinya untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar Bahasa Inggeris di DidikTV menerusi status dimuat naik di Twitternya semalam.
BACA: Terkesan PKP Dilanjutkan Lagi, Adibah Noor Perlukan Kerja
saya nak offer diri kpd @KemPendidikan, utk jadi perantara yg "mengajar" bahasa inggeris kat didiktv, boleh? pic.twitter.com/ShO4QseWu7
— ADIBAH NOOR ??? (@adibahnoor) February 17, 2021
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja serta menyokong hasratnya itu. Rata-rata netizen mengatakan jika benar Adibah menjadi tenaga pengajar bukan sahaja anak-anak malah ibu bapa pun akan turut sama belajar.
Namun, seperti sudah dijangka ada segelintir netizen tidak bersetuju serta mempersoalkan kelayakannya untuk menjadi seorang pengajar.
Tidak hanya berdiam diri, Adibah tampil berkongsikan latar belakang pendidikannya yang merupakan graduan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), malah pernah berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris.
Terdahulu, tular mengenai tindakan pelakon dan penyanyi itu yang menegur kesilapan sebutan bahasa Inggeris personaliti televisyen serta ahli politik yang menimbulkan rasa kurang senang netizen.
sokong..sbb i suka u kak dib
dulu dah elok jadi cikgu, berenti sebab nak jd penyanyi…
tu la, keja gomen ni lebih-lebih lagi cikgu memang tak glamer, tak kaya… tp musim darurat mcm ni la keja gomen ni terjamin..
kesimpulannya… jgn terkejar sgt dengan dunia glamer tu
yes sokong sangat!!! biar bukak mata netizen sket bukan semua retis bodo piang. Ada jugak segelintir yg bijak ada bawak manfaat macam kak dib. Abaikan haters, do ur best because ur obviously a class above than the rest
Mmg sesuai jadi guru dengan kelulusan yg relevant dengan program ni..lebih lagi kak adi seorang celebriti mesti byk sambutan ..org tak setuju tu orang yang dengki drngan kak adi.. All d best Kak Adi…
Ok gak… Nko pn dh TAK DER JOB!!! boleh apply.. Mudah²an dpt, beso pahala jdi cikgu nie! Itu pn klau NIAT DIA IKHLAS lerr…
Hahahaha. Mst yg sound dia direct tu terdiam mmbisu lps kak dib ckp dia ada klulusn tesl. Bodoh sgt sape yg persoalkn tu. Lnkli sblm ckp, pk dlu.
Ok la. Cikgu mcm dia ni kelakar. Mood bljr pun best dpt cikgu mcm ni
barang yg lepas hai jgnlah dikenang jika dah tiada rezeki kerja gomen, life must be go on..betulkn kak dibah, insyAllah ada rezeki jika yakin dgn kebolehan diri dan mulakan dgn langkah dgn keyakinan, kalau x dpt yg ini kau tawarkan, byk je anak2 diluar sana perlukan tuisyen BI ..yg penting kak Dibah buatlah iklan..sebulan berapa byran seorg ikut kak Dibah lah nk ajar mcm mna..mgkn lps pkp ni atau lepas semua rakyat m’sia dh dpt suntikan cegah covid..saya pun nk hntar anak mengaji ni..tunggu lpas pkp..
Aku ok je kerana Dibah pun ada formal training utk mengajar BI.
tapikn kak dibah..ade ke org nk ambil kite kerja umur dh 50 ke ats, kdg2 resume dan certificate seseorg tu “kencang”, tpi bila umur dh meningkt..fhm2 jelah…nak bangun pun kena berpaut kt sesuatu..betulkan..takut lelah semput nafas dgn soalan2 yg diutarakan…tpikan ..org2 politik mcm segar bugar je nmpk kesihatan mereka, hakikatnya..sapalah yg tahu..
Tesl tu bagus tapi aibkan orang bukan cara elok sampaikan ilmu. Mention sahaja apa yg you dengar. Tak perlu upload video newscaster dll. Mereka pun ada family and friends…be classy sikit lah dibah….
Setakat nak tegur psl sebutan perkataan, jadi speech coach je lah. Nak jadi cikgu semula, kena ikut syllabus KPM. Dulu berhenti jadi cikgu sebab x minat, gaji kecik kan?
dah la makcik. bersara je la.. tak kan nk keje sampai abang jamil mampus?
Sebenarnya bagus dia ni betulkan sebutan english yang salah. Tapi yang tak bestnya bila dia buat vedio nak ajar sebutan tu , dia letak sekali vedio orang yang salah sebut tu. adoii dia tak sedar kot, benda tu boleh malukan orang. Just buat vedio muka dia sudah lah.. tak penting pon sape yang salah sebut, yang penting perkataan yang dia nak betulkan tu just bagitahu je. Kiranya macam dia just ajar randomly..haa gituhhh.. Maybe dia pikir kalau letak vedio orang yang salah sebut tu lagi cepat viral kot pengajaran dia tu. Hm entahlaaaaaaaaaa~
Semoga d perkenankan oleh pihak yg handle didiktv tu… yg penting juga kena ikut silibus, sbb tu haluan utama dlm sistem pendidikan kita.