fbpx

Adi Putra Tertekan Dengan Isu Skandal Isteri Orang

Gambar di atas merupakan gambar pertama Adi Putra muncul di khalayak ramai selepas kisah beliau di’khabarkan mempunyai skandal dengan seorang wanita berstatus isteri orang menjadi perhatian ramai.

BACA: Inikah Wanita Yang Mempunyai Skandal Dengan Adi Putra?

Bercakap kepada media ketika menghadiri Majlis Golf Teduhan Kasih Wisata Amal 2013 di Pulai Springs Golf Resort, Adi Putra mengakui dirinya tertekan dengan kontroversi yang melanda.

“Mana-mana manusia pun pasti tertekan. Di sebelah sekarang ini adalah isteri saya, keluarga dan rakan-rakan yang buat saya rasa tidak tertekan”

“Ini kerana sudah menjadi lumrah anak seni untuk dibual bicarakan. Kalau saya bukan dalam dunia selebriti orang tidak akan ambil berat tentang saya,” kata Adi Putra lagi.

Menurut laporan Sinar Harian lagi, Adi Putra turut berkata yang kontroversi ini tidak mengganggu perjalanan karier & rezeki beliau kerana semuanya sudah di’tentukan dengan kuasa Allah.

“Alhamdulillah secara ikhlas saya rasa ia tidak ganggu mana mana aktiviti seni saya kerana apa yang diputuskan dan rezeki yang diberi itu adalah kuasa Allah,” tambahnya lagi yang di’temani isteri, Aida Yusof ketika sidang media berlangsung.