fbpx

“Adi Putra Nikahi Saya Bukan Sebab Zuriat”

Tidak pernah lepas daripada menjadi mangsa warga laman sosial untuk dicemuh, isteri kedua Adi Putra iaitu Norshahida menjelaskan bahawa tindakan Adi mengahwininya bukanlah di atas sebab zuriat.

BACA: Beri Kenyataan, Isteri Kedua Belakangi Adi Putra?

“Saya kenal Adi, malah sepanjang enam bukan menjadi isterinya, isu zuriat tidak pernah timbul. Kami juga tidak pernah berbincang mengenainya. Bagi kami, jika ada rezeki, kami terima. Adi sentiasa beri semangat kepada saya,” jelasnya mengenai isu tersebut.

Sementara itu, Norshahida juga dalam masa yang sama menjelaskan bahawa Adi melahirkan hasrat untuk melamarnya ketika berada di Madinah dan terus menghubungi ibunya bagi meminta kebenaran untuk menyunting Norshahida.

“Ketika menunaikan umrah di Makkah, Adi ada melakukan solat istikharah. Ketika di Madinah, Adi menghubungi ibu saya untuk menyatakan hasrat untuk melamar. Sejak mula berkenalan, saya sudah sudah memperkenalkan Adi kepada ibu, malah dia turut meminta keizinan ibu untuk berkawan”

“Ketika Adi mahu berangkat ke Makkah, saya turut menghantarnya di KLIA. Ketika itu Adi memaklumkan hasratnya untuk menikahi saya pada 20 Jun lalu. Saya terdiam dan kebingungan. Pernikahan kami berlangsung di kediaman saya di Nilai, Negeri Sembilan,” jelasnya.

Apa pun, semoga Norshahida tabah dalam menghadapi dugaan yang mendatang. Cara yang terbaik adalah dengan menghiraukan perkara perkara remeh yang dijadikan isu di laman sosial dan fokus kepada kebahagiaan hidup yang pastinya lebih penting. (rtky/s)