fbpx

Adi Putra Jadi Rakyat Malaysia Untuk Undi BN?

Tidak lama lagi rakyat Malaysia bakal menunaikan kewajipan sekali lagi untuk mengundi. Bersempena dengan itu Adi Putra mengambil kesempatan mendedahkan status kerakyatan beliau yang sudah menjadi rakyat Malaysia.

BACA: Adi Putra Nikah Semula Bekas Isteri Pertama

Perkara itu dikongsikan di laman Instagram berserta dengan kepsyen yang agak mendalam mengenai parti yang dipilihnya untuk mengundi. Beberapa perkongsian di Instagram juga menunjukkan Adi begitu aktif turun padang bersama beberapa orang kuat politik negara.

Bagaimanapun Adi tidak menjelaskan dengan jelas bagaimana beliau mendapat status Taraf Penduduk Tetap dalam perkongsian itu. Tambah Adi lagi, beliau tidak kisah andai dibenci ramai orang kerana parti yang dipilihnya.

Kalau dulu undi sememangnya rahsia dan tidak diluahkan secara terbuka. Tetapi kini berbeza pula keadaannya, di laman sosial semua orang seolah terbuka mendedahkan parti yang dipilih, sampaikan tidak perlu ditanya!

Apapun tahniah diucapkan kepada Adi yang kini sudah bergelar rakyat Malaysia dan berpeluang menunaikan tanggungjawab mengundi buat kali pertama. (rtky/w)