Kalau masih ingat, ada khabar mengatakan isteri kedua Adi Putra kini sedang hamil namun bagaimanapun tiada sebarang pengesahan daripadanya sendiri. Tetapi kini Adi akhirnya membuka mulut mengenai berita kehamilan tersebut. Seperti orang lain, Adi turut berasa teruja dan berdebar menantikan cahaya mata pertama mereka sejak berkahwin pada pertengahan Jun lalu.
BACA: Isteri Kedua Adi Putra Hamil?
“Jika ditanya soal perasaan, memang mana-mana manusia juga akan rasa bersyukur dan gembira menerima berita yang baik seperti ini. Bagi saya, perasaan ini adalah perkara yang akan dilalui oleh kebanyakan orang. Sudah berapa bulan, saya juga tidak periksa lagi”
“Lelaki atau perempuan juga masih belum tahu, sebab masih baru. Soal persiapan pula buat masa ini tiada persiapan jangka panjang. Kami lebih kepada persiapan untuk perkara yang penting sahaja,” jelasnya kepada Utusan Online mengenai persiapan menerima orang baru.
Sebelum ini ketika kontroversi melanda Adi selepas beliau bertindak bernikah sekali lagi secara senyap, Adi pernah menegaskan bahawa dirinya tidak mahu lagi berkongsi tentang kehidupan peribadinya kepada umum kerana serik dengan respon yang diberikan peminat. Mungkin disebabkan itu juga Adi tidak terlalu kongsikan mengenai berita kehamilan ini.
Apapun semoga segala urusan yang dirancang akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar hendakNya. Diharapkan juga ikatan perkahwinan yang dibina Adi dan isteri juga akan bertambah erat dengan kehadiran cahaya mata pertama tidak lama lagi. (rkty/w)