Pelbagai reaksi yang kami terima selepas kami siarkan rakaman eksklusif demo Kisah Hati yang di’bawakan oleh Adi 6ixth Sense.

Ramai yang sukakan versi bawaan Adi 6ixth Sense dan tidak kurang juga yang lebih gemarkan versi penuh yang di’bawakan Alyah.

Kesempatan untuk bertemu 6ixth Sense baru baru ini ketika mereka jalani sessi ukur baju bersama pereka terkenal, Wan Huzairil kami gunakan untuk menemubual vokalis, Adi Priyo Sambodo.

Namun menurut Adi 6ixth Sense yang tersenyum apabila kami mula mengajukan soalan berkaitan isu Manusia Putih & Kisah Hati, beliau lebih selesa untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut yang di’rasakan kurang penting.

Menurut Adi 6ixth Sense, beliau kini lebih selesa untuk berbicara soal album terbaru mereka yang bakal berkonsepkan keagamaan dan bakal di’lancarkan tidak lama lagi — menyusul kejayaan single Penerang Hati.

Album terbaru yang masih belum berjudul itu menurtu Adi 6ixth Sense bakal mengandungi sembilan buah lagu termasuk dua buah lagu nasyid yang popular sekitar lewat 90’an dengan susunan baru.