fbpx

Bukan kami ingin bersikap seperti manusia stereotaip yang lain, tapi jika di’fikirkan kembali, apa yang terjadi kepada pendatang baru ini bukan perkara asing.

Lebih lebih lagi dalam komuniti berbangsa Melayu yang kita sedia maklum rajin membawakan kisah dengan perisa tambahan.

Terbaru, Adey Syafrien meluahkan rasa kurang senang beliau dengan sikap orang di’sekeliling beliau sehingga timbul perasaan untuk menukar diri ke bangsa lain.

Apa cerita? Menurut Adey Syafrien beliau baru baru ini telah berjaya membuka sebuah bengkel baiki kenderaan dengan wang hasil titik peluh beliau namun ada suara suara sumbang mengatakan yang Adey Syafrien ini berjaya menggunakan pengaruh & duit pihak ketiga. 

Adey Syafrien berkata beliau tidak senang dengan tuduhan liar tersebut yang termasuk juga gossip mengatakan beliau menggunakan abang ipar, Dato’ Eizlan Yusof untuk mendapatkan tawaran berlakon dan juga pengaruh dalam bidang seni.

“Apa yang saya ada hari ini memang hasil kerja keras dan titik peluh saya sendiri — dan pembukaan bengkel kereta adalah hasil kerjasama saya dengan rakan saya sendiri,” ujar Adey Syafrien.