fbpx

Adegan Peluk Ayda Jebat, Zul Ariffin Dikritik Peminat

Bukan sekali dua rasanya isu adegan mesra dalam drama televisyen Malaysia mendapat kritikan ramai namun ianya sentiasa berulang atas nama mahu melengkapkan jalan cerita seperti mana dikehendaki skrip. Kerajaan pun sudah tampil dengan pekeliling untuk hadkan perkara ini.

Terbaru, lakonan Ayda Jebat dan Zul Ariffin di dalam drama M.A.I.D telah mendapat kritikan ramai ekoran satu adegan di mana pasangan ini berpelukan rapat di atas katil. Ramai peminat mula persoalkan kewajaran adegan seperti itu dipaparkan di kaca televisyen.

BACA: Kerajaan Arah Adegan Peluk, Cium Dalam Drama TV Dipotong Habis

Adegan Peluk Ayda Jebat, Zul Ariffin Dikritik Peminat #1 - ROTIKAYA

Lebih lebih lagi ditayangkan dalam bulan Ramadhan ini, ramai beranggapan yang pihak penerbit drama ini tidak sensitif dan peka dengan situasi semasa majoriti rakyat Malaysia yang kini sedang berpuasa namun dihidangkan pula dengan adegan berpeluk dalam drama.

Adegan Peluk Ayda Jebat, Zul Ariffin Dikritik Peminat #2 - ROTIKAYA

Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan balas dari pihak penerbit tentang kritikan ramai ini namun kami pasti mereka akan keluar dengan jawapan sendiri atas kenapa adegan itu tetap diteruskan dan sama ada masih akan ditayangkan di masa hadapan. (rtky/m)