fbpx

Adam Shahz Sedia Serah Hak Jagaan Anak Kepada Fatin Afeefa

Pelakon Adam Shahz bersedia untuk berkompromi serta menyerahkan hak penjagaan penuh anak tunggalnya, Ivy Herra Sophia kepada bekas isterinya, Fatin Afeefa. 

Power Geng! Sunway Pyramid Dah Ada Ruang Komersial Baharu

Semakin canggih dan lebih selesa lepas ni bila korang jejak kaki di Sunway Pyramid. Kalau korang nak tahu, menjelang suku keempat tahun ini, Sunway Pyramid akan berwajah baru dengan pengenalan Oasis sebagai ruang runcitnya! Awesome...

Baca Lagi

Memetik mStar Online, Adam berkata ianya demi kebaikan kedua-dua pihak serta isu tersebut tidak sepatutnya berlarutan kerana boleh memberi kesan kepada pembesaran anak mereka.

BACA: Kemurungan Balik Dari Umrah, Fatin Afeefa Akui Malu Berpakaian Seksi

“Saya mendapatkan nasihat peguam, dalam kes ini sepatutnya tiada siapa menang atau kalah. Keputusan yang dibuat adalah terbaik untuk kedua-dua pihak. 

“Jadi saya ambil keputusan untuk berikan hak penjagaan anak kepada ibunya dan saya diberikan kebenaran untuk melawat serta peluang bermalam bersama anak.

“Kalau sebelum ini saya mahukan hak penjagaan penuh, tetapi rasanya lebih baik seperti yang ditetapkan dalam keputusan interim,” katanya.

Dalam pada itu, Adam berkata baginya penting untuk penetapan perintah mahkamah supaya tidak timbul salah faham  di masa akan datang.

“Boleh sahaja berbincang di luar mahkamah, tetapi bagi saya penting untuk dapatkan perintah supaya kemudian hari tidak timbul salah faham. Mungkin akan berlaku saya sendiri yang tidak berpuas hati jika keputusan dibuat oleh kami sendiri.

“Sebelum ini pun saya tidak ada masalah untuk dia (Fatin) mendapat hak penjagaan penuh, cuma saya bawa kes ini ke mahkamah kerana mahukan hak untuk berjumpa anak,” katanya.

Sementara itu, Adam berkata hubungannya dengan bekas isteri baik sahaja dan tiada masalah berjumpa dengan anak, serta kemelut yang berlaku mematangkan dirinya.

“Mungkin disebabkan pertelagahan sebelum ini membuatkan kita lebih kenal diri sendiri. Hubungan saya dan Fatin juga baik-baik sahaja. Saya tidak ada masalah untuk berjumpa anak,” katanya.

Untuk rekod, Adam Shahz dan Fatin pernah berkahwin pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 2017.