fbpx

Kemurungan Balik Dari Umrah, Fatin Afeefa Akui Malu Berpakaian Seksi

Sejak kebelakangan ini perkongsian pelakon Fatin Afeefa menjadi perhatian apabila dilihat memuat naik gambarnya kini sudah pun berhijab namun tidak mengesahkan mengenai perkara itu.

Memetik Hijabista, Fatin mendedahkan dia berdepan kemurungan sebaik saja pulang dari mengerjakan ibadah Umrah berikutan pakaian yang dimilikinya seksi dan tidak menutup aurat.

BACA: Opai Hadiahkan Fatin Afeefa Jam Tangan Rolex Sempena Hari Jadi

Fatin berkata niatnya untuk berhijrah untuk menjadi insan yang lebih baik serta meluahkan rasa syukur suaminya, Aliff Awang memberi sokongan buat dirinya.

“Masa pertama kali saya balik umrah, saya kemurungan sampai tak nak jumpa siapa-siapa. Sebab semua baju yang saya ada semua seksi samapi rasa tak mahu keluar.

“Tapi suami saya cakap, tak apalah jom kita shopping online, Jadi dia memberi galakan dan sokongan hingga membuatkan saya rasa tersentuh,” katanya.

Fatin mengakui dia kini berjinak-jinak untuk mengenakan hijab dan menutup aurat. Ujarnya lagi, dia kini sedang berusaha menjadi seseorang yang lebih baik.

“Kita mencuba sebenarnya, saya tak akan kata yang saya dah berhijab sepenuhnya. Tapi saya akui saya sedang cuba untuk menjadi seseoran yang lebih baik dari dalaman atau luaran.

“Kita cuba perlahan-lahan. Tak berani nak cakap sebab iman seseorang turun naik sebab tu saya tak berani nak cakap saya dah sepenuhnya berhijab. Lagipun nak istiqamah itu tak mudah,” katanya.

Dalam pada itu, Fatin berkata suaminya sangat gembira dan bahagia apabila dia meluahkan hasrat untuk berhijab serta memberikan sokongan padanya.

“Suami sangat gembira bila tau saya nak pakai tudung. Dia orang yang paling bahagia sekali. Sebab dia tak pernah paksa atau cakap “eh pakailah tudung, tak sayang laki ke,” takde.

“Tapi dia sangat menyokong la. Masa saya cuba pakai tudung tu, suami cakap “baby nak beli jubah ke? Belilah..” dia memberi galakan dalam masa tidak menyakitkan hati,” katanya.