Menimang cahaya mata selepas 10 tahun berkahwin, pelakon Adam Corrie meminta para suami berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk berkahwin lagi demi mendapatkan zuriat.
Menerusi perkongsian di Instagram, Adam berkata pasangan yang belum dikurniakan zuriat harus berusaha berikhtiar sehabis baik dan perlu positif.
BACA: Enggan Sentuh Pelakon Wanita, Adam Corrie Dedah 9 Bulan Tiada Job
View this post on Instagram
Menurut Adam lagi, ditambah dengan kemajuan dalam dunia perubatan kini, bermacam-macam cara boleh dilakukan untuk mendapatkan zuriat dengan mengikut syariat.
“Usaha dahulu, cari jalan sama-sama, usaha itu kena sungguh-sungguh. Ia bukan esok lusa boleh dapat anak.
Makan masa, ada cepat dan ada yang makan tahun. Dalam dunia perubatan sekarang dah canggih, macam-macam cara boleh buat dengan mengikut syariat.
“Jika dah usaha semuanyaa dan gagal.. cuba lagi , gagal juga. Berdoalah kepada Allah SWT sekali lagi minta pertunjuk. Adakah dengan adanya zuriat itu membuatkan aku, isteri aku bahagia bahagia berikanlah pertunjuk,” tulisnya.
Dalam pada itu, Adam turut meminta buat pasangan yang menantikan zuriat agar memanjatkan doa serta meminta petunjuk. Malah, Adam turut mempersoalkan adakah keputusan berkahwin lain itu akan menggembirakan isteri pertama.
“Boleh ambil anak angkat jika berkemampuan tapi jika nak ada zuriat sendiri dengan berkahwin lain adakah perkahwinan itu akan membahagiakan isteri kita sekarang dengan harapan perkahwinan lagi boleh dapat zuriat?” tulisnya.
Adam Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad, 40, pada 2008. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Adam Fateh Lee pada 11 Julai 2018 selepas 10 tahun menanti.