Enggan Sentuh Pelakon Wanita, Adam Corrie Dedah 9 Bulan Tiada Job
Masih ternanti-nanti tawaran berlakon daripada produksi drama mahupun telefilem, pelakon yang terkenal dengan watak gangster dan penjahat iaitu Adam Corie mendedahkan sudah hampir sembilan bulan dia tidak beraksi di depan kamera.
Lebih parah, pandemik COVID-19 mengakibatkan industri hiburan ‘lumpuh’ sehingga menyebabkan Adam terus menganggur. Bagaimanapun, Adam sedar punca dia tidak menerima tawaran kerana syaratnya enggan bersentuhan dengan pelakon wanita.
BACA: Adam Corrie: Jangan Hina Anak Saya Di Instagram
“Saya tidak ingat bila kali terakhir berlakon. Ini membuktikan berapa lama saya tidak berlakon.
“Sudah sembilan bulan saya tiada ‘job’. Hanya disebabkan saya mengelak adegan bersentuhan dengan pelakon perempuan, banyak produksi tidak mahu panggil saya berlakon lagi.
“Mereka beritahu saya banyak ‘bunyi’ (kerenah), baik panggil sahaja pelakon yang boleh bersentuhan. Ada produksi yang menghubungi saya, tapi selepas diberitahu syarat itu, mereka tidak ‘call’ lagi,” katanya kepada BH Online.
Adam turut terkilan dengan reaksi syarikat produksi seolah-olah pendirian enggan bersentuhan dengan pelakon wanita dianggap suatu kesalahan besar. Ujarnya, ada sahaja cara untuk menghidupkan sesuatu adegan meksipun tanpa bersentuhan.
“Bagi saya jika pengarah mempunyai pertimbangan, dia boleh menghidupkan sesuatu adegan tanpa perlu mengolah jalan cerita biarpun tiada babak bersentuhan,” katanya.
Adam berkata meskipun dia tidak menjadi pilihan penerbit dan pengarah berikutan syarat yang diberi, namun dia tidak akan berputus ada untuk kekal dalam indursti hiburan tanah air.
- SUMBER
- BH Online
Tahniah Adam Corrie.
Kekal dgn prinsip dan taat kepada Allah.
Tidak dipanggil utk berlakon hanya kerana xnak bersentuhan itu mgkin cara Allah nak uji sikit patuh atau x kepadaNya.
Atas desakan hidup, ramai mungkin akan kembali bersetuju utk babak bersentuhan hanya kerana sbb ‘mencari rezeki’.
Ingat Allah Maha Pemberi Rezeki.Dan dia beri rezeki bukan dgn satu cara sahaja.
Dia sekat utk sementara dan Dia juga boleh beri mencurah2 pada bila2 masa.(saya juga pernah melalui ini)
Terus & tetaplah istiqamah.
Saya doakan selepas ni Adam dan keluarga dimurahkan rezeki dari segala segi seperti Ustaz EbitLew.Aamiin.
Well ko ni watak dan karakter very limited. So ko kena versatile kan diri, elok laa belajar2 mengarah ke, mender it ke, tulis skrip ke, choreographer ke atau jd consultants ke. Kebanyakkan pelakon lokal ni terlalu fokus nk berlakon jek pd hal korg boleh buat mcm2 keje di belakang tabir sesuai dgn pengalaman dan usia korg yg dah makin meningkat! X teringin ke nk jd tokey atau penerbit berjaya?! Asyik nk jd pelakon jek kemudian sendu sendan mintak simpati org…
xbrlkon pn xpe la.drama/flem msia tah pe2 cite .mngruttt.pngrah igt klu brsentuhan,tdo sma blh naik rating drama/flem ke?da la jln cite sma,plakon blik2 sma,.jgn riso la Adam..rzeki ko luas slain brlkon.aku da brthun2 x pnah tgk drama mlyu.x rgi ckit pn.blik2 zul ripin,ikn kmbong..tu je la.
Bagus Adam. Seorang yang berprinsip. Yakinlah yang rezeki Allah itu luas. InsyaAllah, Adam akan berjaya dunia dan akhirat. Terus kekal istiqamah. Tahniah Adam, semoga Allah merahmati Adam dan keluarga. Amin.
Wowzer x penah tngk dia berlakon bawa watak romantis pegang2, peluk2 mcm jul ripin ke, Remy sahak ke, syafik Kyle ke. Biasa dia bawa watak serious jek pun. Ada ke org offer dia suh peluk mak jah ke????
X pyh berlakon jual roti pisang saja. Nama dah ada.
ADAM TAKPYH LA BLAKON. LBH BAIK TGGLKN BIDANG LAKONAN, PERGI KEPADA PENGACARAAN. LAKONAN PN, KLU TAK SNTUH. TP BNYK KENE HADAP DGN PMPN YG SEKSI2 BT APA. LAST2 KO PN SKLI TERLALAI. NK SOLAT PN SUSAH SETAU AKU NI, SBB SHOOTING KN
Seorang saudara baru blh berpegang teguh pd hukum n prinsip. Yg azalinya Islam..?
Tak semua watak memerlukan pelakon bersentuhan. Well..