fbpx

Adam AF Nafi Kewangan Jadi Punca Penceraian

Kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas isteri Adam AF iaitu Fiza Elite sebelum ini seperti memberi gambaran bahawa mereka hanya berpura-pura bahagia malah Fiza juga turut mengakui bahawa mereka sering berselisih faham apabila melibatkan hal kewangan. Bagaimanapun, Adam sendiri menafikan perkara tersebut.

BACA: “Jangan Kait Saya Dengan Adam Lagi, Saya Serik!”

“Biarlah punca perceraian kami ini hanya Allah sahaja yang tahu. Saya tidak mahu mengulas apa-apa tentang perkara ini. Apa pun, ia bukanlah disebabkan oleh orang ketiga ataupun masalah kewangan. Mungkin sudah tiada jodoh antara kami”

“Setelah mencuba (mempertahankan rumah tangga), saya reda dengan apa yang berlaku ini dan menganggap perpisahan adalah jalan yang terbaik buat kami berdua,” jelasnya kepada Media Hiburan.

Adam dan Fiza telah berkahwin pada 26 September 2013 dan bercerai kali pertama pada 28 April 2014. Kemudian mereka rujuk pada tahun yang sama dan bercerai lagi pada September lalu. (rtky/s)