Wajahya kini menjadi trend di media sosial sehingga disunting secara melampau, pelawak Zizan Razak berkata ada individu yang memohon maaf kepadanya.
Memetik Oh Bulan, Zizan berkata dia hargai buat mereka yang mengakui kesilapan dan baginya tiada masalah jika ada yang membuat trend berkenaan namun menjaga batas.
BACA: “Lainnya Sekarang” – Netizen Hampir Tak Kenal Zizan Nin
“Ada beberapa yang sudah minta maaf dan saya sudah membaca mesej permohonan maaf mereka. Cuma belum sempat membalasnya kerana saya sibuk dengan kerja.
“Kepada yang datang minta maaf, bagus tindakan anda. Mereka yang melakukan trend itu masih menjaga batas, itu tidak mengapa, saya masih okay. Kalau itu boleh buat Malaysia tersenyum, tidak salah,” katanya.
Sementara itu, Zizan berkata dia mengakui kurang selesa apabila menyunting wajahnya secara melampau sertta melanggar hukum agama. Tambah Zizan lagi, dahulu dia pernah berpakaian wanita ketika persembahan namun menyedari ianya adalah perbuatan haram.
“Sejujurnya pada awal saya rasa kelakar dan seronok tengok trend itu, tetapi apabila ada yang tukar wajah saya jadi wanita dan paling teruk jadi ‘The Nun’, itu sudah melampau. Sebagai orang Islam, itu sudah melanggar hukum.
“Kalau nak buat bahan gurauan boleh, namun harus berpada-pada. Saya bekerja dalam bidang seni dan terbabit dengan televisyen. Jadi, ada perkara yang perlu dijaga.
“Dulu saya pernah memakai pakaian perempuan, bukannya saya tak pernah buat. Tetapi apabila kita semakin meningkat usia dan lebih matang, kita juga diberitahu bahawa perbuatan menyerupai perempuan adalah haram,” katanya.
Sumber: Oh Bulan