fbpx

“Ada Yang Kata Anak Yang Saya Lahirkan Anak Luar Nikah”

Menerusi satu rancangan temu bual yang dikendalikan Datuk Aznil Nawawi iaitu Hard to Heart pelakon Wawa Zainal mendedahkan pernah berdepan situasi sukar ketika di awal perkahwinan.

Perkara yang paling tidak dapat dilupakan apabila ada pihak mendakwa dia dan Aeril Zafrel memiliki anak luar nikah.

BACA: Wawa Zainal Pernah Menyesal Kahwin Dengan Aeril Zafrel

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @_artismalaysiaofficial_

“Orang tahu kami sudah berkahwin selepas mempunyai seorang anak, kami rahsiakan perkahwinan kami ketika itu.

“Macam-macam tuduhan, ada yang cakap kami berkahwin selepas ada anak. Ada juga yang kata, anak yang saya lahirkan itu anak luar nikah dan sebagainya.

“Apabila fikir balik perkara itu, saya jadi sedih. Ibu bapa mana yang tak sedih, apabila anaknya dituduh macam-macam,” katanya.

Dalam pada itu, Aeril mengaki kesilapan menyembunyikan perkahwinan mereka sehingga terpaksa mempertahankan maruah selepas pendedahan tergempar tersebut.

“Ketika itu, kami berdua masih baru dalam kerjaya lakonan. Wawa pula terikat dengan kontrak syarikat yang tidak membenarkan artis bercinta sesama sendiri.

“Kita hormatlah, memang itu salah kami kerana melanggar kontrak. Tapi, naluri manusia. Walaupun cakap tak boleh bercinta, tapi perasaan itu membara,” katanya.

Kata Wawa lagi, kontroversi yang berlaku juga turut menyebabkan rumah tangga yang dibina bergolak sehingga hampir bercerai.

“Ada sampai satu tahap, saya cakap tak nak teruskan hubungan ini. Tapi Aeril yang pujuk, katanya kita tak boleh mengalah nanti orang akan ketawakan kita.

“Kami tahu ada yang cakap kami bakal hidup susah, kami yang akan datang balik merayu, termasuk mengemis kerja,” katanya.

Difahamkan, pernikahan pertama mereka pada 25 Februari 2012 secara rahsia manakala pernikahan kedua pula pada 4 Februari 2013 dengan berlandaskan syariat dan undang-undang Malaysia.