Mengikut laporan media tentang hasrat pasangan ini untuk segera menimang anak, tidaklah salah rasanya jika Black merasa teruja jika ada walau sedikit tanda tanda yang isterinya hamil.

Baru baru ini, Black bercerita yang beliau ada membawa Naquia Yasirah ke hospital untuk pemeriksaan doktor selepas isterinya itu sudah beberapa minggu tidak datang haid namun doktor tidak dapat memberikan kata putus bahawa ianya disebabkan kehamilan.

“Doktor beritahu mungkin terlalu awal untuk mengesahkan perkara itu dan dia menyuruh isteri saya membuat pemeriksaan sekali lagi sebulan dari sekarang”

“Kami memang sangat teruja untuk menunggu keputusan ini kerana kami sama-sama sukakan kanak-kanak. Malah ketika mengerjakan Umrah baru-baru ini pun kami sudah berdoa agar dikurniakan cahaya mata segera,” ujar Black.

Penyanyi popular ini turut berkata yang beliau tidak kisah berapa orang cahaya mata yang bakal dikurniakan kepada dia dan isterinya kerana baginya itu adalah pemberian dan kurniaan dari Tuhan. Jangan risau Black, ada rezeki pastinya ada. (rtky/hfz)