Anak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan meluahkan rasa terkejut apabila timbul dakwaan menuduhnya pergi ke kelab malam dan mengambil minuman beralkohol.
Menerusi satu podcast, Ammar dakwaan itu sekaligus menyebabkan keluarga rakannya tidak benarkan untuk keluar dengannya.
BACA: Ammar Ahyan Percaya Bapa Boleh Jadi Menteri, Bantu Elak Pembaziran Wang Negara
“Saya call kawan saya, ‘Bro, jom keluar.’ Lepas tu dia cakap, ‘Eh bro, mak saya tak bagi keluar, dia cakap awak kaki club dan kaki minum’,” katanya.
Sementara itu, Ammar turut tertanya-tanya dari mana datangnya dakwaan tersebut apatah lagi dia jarang keluar di waktu malam.
“Ada orang tuduh saya, saya ni pergi kelab malam, kaki minum.Saya keluar malam pun jarang, minum pun tidak. Mana keluarnya cerita ini?” katanya.
Dalam pada itu, adiknya iaitu Qadejah El Zahrah berkata sekiranya abangnya keluar di waktu malam kebiasaannya menemaninya membeli makanan.
“Abang saya kalau dia nak keluar malam, saya cakap, ‘Ammayan, jom kita pergi minum air.’ Kita pergilah pergi mamak atau drive-thru untuk pergi beli air, itu saja,” katanya.