fbpx

“Ada Orang Berani Bercinta Dengan Saya? I Don’t Think So”

Bekas suaminya sudah bertemu pengganti, pelakon Ellie Suriaty bagaimanapun belum bertemu pengganti seleaps bercerai dengan Azri Iskandar.

Menerusi temu bual bersama Hlive, Ellie tertawa apabila diajukan pertanyaan sama ada dia sudah bertemu pengganti.

BACA: Ellie Suriaty Ajak Kekasih Bekas Suami Jumpa Anak-Anak

“Tak payahlah cerita pasal saya. Seriously, ada ke orang berani bercinta dengan saya? Orang tak berani dekati saya sebab banyak persepsi.

“Dan saya pun tak keluar pergi mana-mana yang ramai manusia. Saya pula sibuk dengan penggambaran, hadiri meeting dan perbincangan dengan team, krew. Tiada masa untuk bercinta,” katanya.

Sebelum ini, Ellie berkata berkata dia masih menunggu kedatangan kekasih bekas suaminya iaitu Dr Azra untuk bertemu dengan anak-anak.

Ellie berkata jika ada wanita yang mahu berada dalam hidup bekas suaminya perlulah bersikap jujur. Ellie turut mempersoalkan mengapa sehingga kini wanita itu tidak muncul lagi.