fbpx

Ellie Suriaty Ajak Kekasih Bekas Suami Jumpa Anak-Anak

Sudah hampir setahun rasanya pelakon Azri Iskandar memaklumkan bakal berkahwin dengan wanita pilihan hatinya yang juga penulis skrip, Dr Azra Diera.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Bagaimanapun, Azri berkata dia terpaksa menangguhkan lagi majlis perkahwinannya susulan wang dikumpul untuk majlis masih belum cukup.

BACA: Azri Iskandar Akui Hubungan Dengan Ellie Suriaty Lagi Baik Lepas Bercerai

Terbaru, bekas isteri kepada pelakon itu iaitu Ellie Suriaty berkata dia masih menunggu kedatangan Dr Azra untuk bertemu dengan anak-anak.

Memetik Astro Gempak, Ellie berkata jika ada wanita yang mahu berada dalam hidup bekas suaminya perlulah bersikap jujur. Ellie turut mempersoalkan mengapa sehingga kini wanita itu tidak muncul lagi.

“Bagi saya, kalau sesiapa yang nak ada relationship dengan Azri, be honest about it. Saya dah kata sebelum ini be real. Kenapa tak muncul lagi?

““Has to be real, kenali anak-anak saya, kenali anak-anak tiri saya… Kalau dia nak masuk dalam hidup Azri. Jadi, saya doa kepada Allah SWT supaya Azri dikurniakan isteri yang baik dan akan menjaganya juga dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan Azri yang berniat untuk menjemputnya ke majlis resepsinya bersama Dr Azra, Ellie berkata dia akan hadir.

“Kalau ada ada resepsi, saya akan pergi. Sebab wedding kan? Lagipun, kita dah hidup 19 tahun bersama. Tak ada benda pun nak bermusuhan. Apa nak benci? Dia hanya hamba Allah dan kami berdua tidak sempurna.

“Jodoh dah sampai situ, jadi perlu ke kita bermusuh? Tak payahlah. Bila dia bertemu jodoh dengan orang lain yang lebih baik daripada saya, sudah tentu saya akan meraikan hari besar dia,” katanya.

Ellie dan Azri bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu selepas 19 tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar dan Nur Azreen.